|
e-FORGRIS versi 4.0 adalah aplikasi dalam talian |
Anda perlu menjadi pengguna berdaftar untuk menggunakan e-FORGRIS. Pengguna peringkat Pejabat Perhutanan Negeri boleh berperanan sebagai PENGGUNA NEGERI atau PENTADBIR NEGERI. Pengguna peringkat Ibu Pejabat pula adalah PENTADBIR IBU PEJABAT. Pengguna peringkat Pejabat Perhutanan Negeri dihadkan capaian maklumat ke atas negeri masing-masing sahaja. |
||||
|
PEMERHATIAN FENOLOGI Aktiviti bulanan ini dipertanggungjawab untuk dijalankan oleh kakitangan Pejabat Perhutanan Negeri masing-masing. Rekod/catatan permerhatian fenologi ke atas pokok-pokok ibu di lapangan perlu dimasukkan ke dalam e-FORGRIS serta disahkan pada setiap bulan. PENGURUSAN BIJI BENIH Proses-proses kerja pengurusan ini adalah mengikut perkembangan fenologi pokok ibu yang terlibat. Dalam kes tertentu, biji benih yang dikutip boleh diagihkan kepada lain-lain negeri bagi kerja-kerja selanjutnya. Skop kerja pengurusan biji benih meliputi :- 1. mengutip biji benih di lapangan 2. memproses biji benih di tapak pemprosesan 3. menjalankan ujian (secara terpilih) ke atas biji benih 4. menyimpan dan memantau tumbesaran biji benih 5. merekod pengeluaran biji benih PROSES KERJA AM e-FORGRIS Maklumat Daftar Kawasan, Daftar Pokok Ibu, Data Pemerhatian Fenologi, Data Kutipan, Pemprosesan, Pengujian, Penyimpanan dan Pengeluaran biji benih dimasukkan oleh Pejabat Perhutanan Negeri secara terus ke dalam pangkalan data pusat e-FORGRIS. Maklumat yang disediakan perlu disemak serta disahkan diperingkat negeri. Proses kerja ini bermula dengan status PENYEDIAAN DATA, MOHON SAH, LENGKAP & DISAHKAN, TIDAK LENGKAP dan DATA DIKUNCI yang melibat aliran penggunaan aplikasi di antara Pengguna Negeri, Pentadbir Negeri dan Pentadbir Ibu Pejabat. |
||||
|